UTAMA

 PROFIL SYARIKAT
 
ARIZUL KOMPUTER adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputra yang telah ditubuhkan pada tahun 2001. syarikat kami terletak di Kuala Terengganu atau lebih tepat lagi di pekan Batu Enam.
Produk utama syarikat kami ialah menyediakan perkhidmatan kursus komputer dan baikpulih komputer. Sejak penubuhan syarikat ini, kami telah berjaya melatih lebih dari 1500 pelajar.
Objektif ARIZUL KOMPUTER adalah untuk memberi latihan kemahiran yang komprehensif dalam bidang teknologi maklumat (IT) kepada semua pelanggan agar semua rakyat MALAYSIA menjadi celik IT. Dengan ini setiap rakyat akan mengetahui kekuasaan komputer dalam kerja-kerja seharian secara tak langsung setiap rumah akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer. 

PRASARANA ARIZUL KOMPUTER


ARIZUL KOMPUTER mempunyai 2 tempat pembelajaran komputer iaitu di Ibupejabat di Batu Enam dan di Kg. Banggol Air Lilih (berhampiran dengan Batu Enam).
Semua komputer untuk pembelajaran dilengkapi dengan program yang tidak bermasalah. Ini kerana pihak kami sentiasa memantau setiap komputer yang digunakan untuk pembelajaran.
Modul kursus sentiasa di kemaskinikan setiap tahun oleh pihak pengurusan ARIZUL KOMPUTER agar mudah difahami dan menarik minat untuk mempelajarinya.

 PERKHIDMATAN
Kami Menyediakan perkhidmatan berikut:
  • KURSUS ASAS KOMPUTER,
  • KURSUS BAIKPULIH KOMPUTER, 
  • KURSUS MEMBINA BLOG,
  • KURSUS MEMBINA WEB,
  • KURSUS AUTOCAD,
  • KURSUS VIDEO EDITING.